IPOH – Pemain perseorangan negara, Soong Joo Ven menepati ramalan melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Malaysia 2019 selepas menyingkirkan rakan senegara, Lim Chong Kim 21-13, 21-15 pada aksi separuh akhir di sini, hari ini. Dalam final esok, Joo Ven selaku pilihan utama akan berdepan rakan senegara, Cheam June Wei yang tidak menghadapi masalah menumpaskan seorang lagi wakil negara, Tan Jia Wei, dalam aksi straight set 21-16, 21-10.…










