IPOH – Pemain perseorangan negara, Soong Joo Ven muncul juara Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Malaysia 2019 selepas mengalahkan pemain senegara, Cheam June Wei dalam perlawanan akhir di sini hari ini. Pilihan pertama kejohanan, Joo Ven mengesahkan kejuaraan dengan kemenangan 21-13, 22-20 ke atas Jun Wei dalam masa 47 minit perlawanan. Terdahulu dalam perlawanan akhir acara beregu campuran yang mempertemukan pasangan Indonesia, gandingan Amri Syahnawi-Pia Zebadiah Bernardet muncul juara dengan kemenangan 21-15, 21-17 ke atas gandingan Andika Ramadiansyah-Bunga Fitriani Romadhini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya