Jokowi kekal Presiden Indonesia - Utusan Malaysia

Jokowi kekal Presiden Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 27 Jun – Hakim Mahkamah Kons­titusi (MK) malam ini menolak kesemua permohonan pasangan calon Presiden dan Naib Presiden nombor dua, Prabowo Subianto-Sandiaga Uno berhubung Perselisihan Hasil Pemilihan Umum (PHPU) Presiden dan Naib Presiden 2019.

Keputusan itu sekali gus mengekalkan Joko Widodo atau Jokowi sebagai Presiden Indonesia untuk penggal kedua bagi tempoh 2019-2024.

Antara News melaporkan, Ketua Hakim MK, Anwar Usman memberitahu, keputusan itu dibuat selepas panel hakim sebulat suara menolak permohonan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika membacakan keputusannya, Anwar berkata, pemohon gagal mengemukakan bukti yang jelas bagi menyokong dakwaan mereka.

“Dalil pemohon tidak disertakan bukti yang terang sehingga tidak dapat dibuktikan serta meyakinkan sehingga dinyatakan tidak mengikut undang-undang,” kata Hakim Konstitusi, Aswanto.

Perbicaraan PHPU bermula pada pukul 12.40 tengah hari waktu tempatan dan dihadiri kesemua pihak terlibat kecuali kedua-dua pasangan calon Presiden dan Naib Pre­siden.

Sementara itu, Prabowo dalam reaksinya menerima keputusan MK yang menolak kesemua permohonan yang dikemukakan pasukan perundangannya semasa perbicaraan pertikaian Pilpres.

“Kami menyatakan, kami hormati hasil keputusan MK tersebut. Kami serahkan sepenuhnya kebenaran yang hakiki kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa,” kata Prabowo di kediamannya di Jalan Kertanegara, di sini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini