Jengkaut disita kali kedua, lakukan aktiviti pertanian haram - Utusan Malaysia

Jengkaut disita kali kedua, lakukan aktiviti pertanian haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebuah jengkaut disita selepas didapati melakukan aktiviti pembangunan tanah pertanian tanpa kelulusan di Lot 2590, Kampung Sungai Chinchin (Sungai Semampus) dekat sini, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohamad Zin Masoad berkata, tindakan tersebut adalah mengikut Seksyen 70A(1) yang mana aktiviti berkenaan dijalankan tanpa kelulusan sehingga menyebabkan berlakunya banjir lumpur dan bencana alam yang lain.

“Sebelum ini tindakan merampas sebuah jengkaut di lokasi sama telah dilakukan pada akhir Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Aktiviti pertanian haram ini telah menyebabkan banjir lumpur di Sungai Pusu pada 21 Mei lalu yang memberi risiko tinggi kepada penduduk di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, MPS memandang serius isu ini dan tindakan tegas dilakukan bagi membendung aktiviti kerja tanah tanpa kebenaran daripada terus beroperasi.

“MPS akan terus memantau aktiviti haram ini selain membuat lawatan tapak dari semasa ke semasa,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan dan maklumat di talian bebas tol aduan di 1 800 222 677.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini