SUNGAI BULOH – Tindakan seorang lelaki yang sanggup menempuh perjalanan daripada Pulau Pinang ke Sungai Buloh untuk menyertai rakan-rakannya melakukan jenayah samun akhirnya memakan diri apabila kesemua mereka yang merupakan ahli kumpulan Black Ruger berjaya ditumpaskan oleh pihak polis. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kumpulan berkenaan dikesan aktif sejak awal tahun lalu dan dipercayai terlibat dengan beberapa kes jenayah samun menggunakan senjata api. “Tangkapan pertama…










