Jambatan kedua Tanjung Lumpur siap Ogos - Utusan Malaysia

Jambatan kedua Tanjung Lumpur siap Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Ribuan penduduk sekitar Tanjung Lumpur, Kempadang dan Bandar Putra djangka dapat menggunakan jambatan kedua menjelang hujung tahun ini sekali gus membantu melancarkan aliran trafik di bandar ini.

Jambatan kedua menghubungkan bandar ini ke Bandar Putra di Tanjung Lumpur dengan kos kira-kira RM161.5 juta itu dijangka siap dibina mengikut jadual pada Ogos ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir berkata, kemajuan fizikal sebenar pembinaan jambatan sepanjang 451 meter merentasi Sungai Kuantan itu adalah 81.03 peratus berbanding fizikal jadual 84.12 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembinaan jambatan baharu ini adalah projek besar dan saya ingin memastikannya siap dengan cepat,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi perjumpaan dengan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri di Kompleks Tun Razak (Komtur) di sini hari ini.

Menurut Mohd. Anuar, pembinaan jambatan kedua itu dapat memenuhi keperluan kelancaran aliran trafik dengan mengurangkan kebergantungan kepada jambatan sedia ada di Tanjung Lumpur.

Katanya, jambatan baharu itu dapat memendekkan masa perjalanan dari Tanjung Lumpur ke bandar ini kepada pengguna jalan raya dari 35 minit kepada 10 minit.

“Kita mengjangkakan dapat mengatasi separuh kesesakan di jambatan pertama dengan terbinanya jambatan baharu ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini