JAKARTA – Sebuah universiti di Indonesia menawarkan syarat baharu untuk pelajar diterima masuk ke fakultinya iaitu mereka perlu menjadi bintang laman perkongsian video YouTube terlebih dahulu. Melalui skim pendaftaran khas itu, Universiti Pembangunan Nasional Veteran Jakarta (UPNVJ) menawarkan kemasukan kepada pengguna YouTube dengan syarat mereka mempunyai saluran sendiri dengan sekurang-kurangnya 10,000 pengikut di samping pernah menghasilkan klip video asli yang mencatatkan lebih 100,000 tontonan. Mereka yang memenuhi syarat tersebut kemudian akan diuji dengan diminta menghasilkan klip video baharu berdurasi antara tiga hingga lima minit. Persaingan untuk tempat di universiti tempatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya