TEHERAN – Iran menafikan hari ini bahawa mereka terkena serangan siber Amerika Syarikat (AS) ketika Washington mengetatkan sekatan terhadap Teheran. Kedua negara menyatakan mahu mengelakkan ke arah peperangan namun ketegangan memuncak dengan beberapan insiden berlaku termasuk serangan kapal tangki dan dron AS yang ditembak jatuh. Penafian dibuat ketika Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo tiba di Arab Saudi bagi dialog mengenai ketegangan dengan Iran. – AFP










