KUALA TERENGGANU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyarankan agar lebih banyak kursus disediakan di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) terutama berkaitan psikologi dalam usaha menangani masalah kemurungan kalangan penjawat awam. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, buat masa ini pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung perkara itu. Beliau memberitahu, langkah itu penting memandangkan terdapat 25 peratus atau kira-kira 400,000 orang daripada kesemua 1.6…










