JOHOR BAHRU – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM5,500 daripada seorang ceti haram dua tahun lalu. Tertuduh, Lim Yen Jee, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat didakwa meminta suapan sebanyak RM3,000 daripada seorang lelaki, Lau Shie Qun. Perbuatan itu dilakukan agar tertuduh tidak mengambil tindakan terhadap perniagaan pemberi pinjaman wang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya