TAPAH – Insiden yang menimpa Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang yang mengakibatkan kematian disebabkan demam campak perlu dijadikan pengajaran tentang betapa pentingnya mengambil suntikan vaksin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata, kejadian itu juga menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan komuniti Orang Asli mengenai suntikan imunisasi masih berada pada tahap yang rendah. Justeru itu katanya, usaha berterusan perlu dilakukan oleh kerajaan bagi mendampingi golongan berkenaan untuk memujuk mereka mendapatkan suntikan imunisasi sekali gus memastikan komuniti itu tidak ketinggalan dalam aspek kesihatan. “Saya berharap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya