PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masih menunggu tiga nama timbalan pendakwa raya (DPP) yang dicadangkan Jabatan Peguam Negara untuk menggantikan peguam Syazlin Mansor dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim. Sehubungan itu, Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau sendiri akan memilih seorang daripada mereka untuk mewakili KPKT dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. “Saya sudah bertemu dengan Peguam Negara, Tommy Thomas pada Sabtu lepas bincang soal…










