India larang kanak-kanak sertai program tarian - Utusan Malaysia

India larang kanak-kanak sertai program tarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 19 Jun – Kerajaan India menggesa stesen televisyen tempatan mengelakkan penglibatan kanak-kanak dalam program realiti tarian. Kementerian Maklumat dan Penyiaran telah memaklumkan perkara terbabit kepada kebanyakan program televisyen yang berunsur tarian, yang menunjukkan kanak-kanak menari mengikut gerak geri pelakon dewasa seperti di dalam filem. Menurut kementerian terbabit, persembahan tarian sering disifatkan ‘tidak senonoh dan sesuai untuk golongan umur tertentu sahaja’. Banyak program televisyen di India menjemput kanak-kanak untuk menyertai pertandingan tarian di mana mereka perlu meniru gerak tari dalam filem popular. – BERNAMA

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN