NEW DELHI – India menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat kedua bagi mengesan keberadaan lapan pendaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki sebuah gunung yang dianggap kedua tertinggi di negara itu.
Lapan yang hilang merupakan empat warga Britain, Amerika Syarikat (dua), Australia (1) dan India (1) .
Pasukan itu disertai 10 kumpulan pendaki terlatih yang juga merupakan polis tentera sempadan Indo Tibetan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kesemua pendaki yang hilang gagal dikesan sejak 26 Mei lalu, sehari sebelum berlakunya runtuhan salji di kawasan pergunungan tersebut.- AFP










