SKUAD hoki wanita negara ‘berputih mata’ untuk beraksi di pusingan kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020 apabila terlepas meraih slot tersebut kerana gagal melangkah ke perlawanan akhir Final Siri Hoki Dunia 2019 di Banbridge, Ireland Utara. Ia gara-gara kekalahan 0-3 kepada pasukan No. 11 dunia, Korea Selatan pada aksi separuh akhir kelmarin sekali gus menyaksikan peluang ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun tahun depan berkubur. Penyudah yang kurang tajam dengan deretan peluang terutama lima pukulan sudut penalti diperoleh sepanjang perlawanan dilihat antara punca kegagalan skuad wanita selain kekurangan pengalaman bermain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya