IPOH – Impian pemain perseorangan wanita negara, S. Kisona untuk melakar kemenangan hatrik Kejohanan Siri Antarabangsa Malaysia 2019 musnah selepas tumpas kepada pemain Indonesia, Sri Fatmawati dalam aksi separuh akhir di Arena Badminton Perak di sini, hari ini. Meskipun mendapat sokongan padu penonton, pemain kelahiran Seremban itu gagal menandingi kehebatan Sri Fatmawati selaku pilihan ketujuh apabila tumpas 11-21, 21-15, 23-25 dalam aksi yang berlangsung selama sejam dua minit itu. Kisona ketika ditemui Bernama selepas perlawanan mengakui kekalahan beliau kepada pemain Indonesia itu disebabkan rasa gugup selain hilang fokus terutama pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya