TELUK INTAN – Seorang ibu dalam pantang yang mempertaruhkan keselamatannya untuk menyelamatkan bayinya semasa banjir di sini baru-baru ini mendapat perhargaan hari ini. Wanita berkenaan, Nur Aishah Iman Harold Ng Lip Singh, 22, yang meranduk air banjir untuk membawa anaknya, Muhammad Syafik Shuhaimi ke tempat selamat ketika banjir iaitu tiga hari sebelum hari raya Aidilfitri, dihargai dalam Program Hero Tak Didendang. Nur Aishah menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin dalam sesi lawatan ziarah program itu di Simpang Tiga Kampung Batu 9, Jalan Changkat Jong di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya