BUTTERWORTH – Mana-mana pihak yang berasakan menerima dana daripada syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh menghubungi Kementerian Kewangan bagi urusan memulangkan wang tersebut. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, meskipun kerajaan tidak menetapkan tempoh bagi urusan pemulangan wang itu, namun beliau berharap pihak berkenaan dapat berbuat demikian memandangkan dana yang diterima daripada 1MDB berkenaan masih dalam siasatan. Tambahnya, pihak-pihak berkenaan juga tidak perlu menunggu sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…










