KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara mengesahkan slot ke separuh akhir Final Siri Hoki Dunia selepas menewaskan Perancis 3-2 pada aksi playoff di Banbridge, Ireland Utara sebentar tadi.
Tiga gol pasukan bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu diperoleh menerusi Nuraini Abdul Rashid pada minit keenam, Fatin Shafika Mahd. Sukri (m-8) dan Hanis Nadiah Onn (m-15).
Dua gol Perancis pula dijaringkan oleh Delfina Gasparini dan Guusje van Bolhuis masing-masing pada minit kesembilan serta 26.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kemenangan itu membolehkan Malaysian Tigress menempah pertemuan dengan Korea Selatan di separuh akhir esok. – K! ONLINE










