Hentikan politik kotor, fokus bina semula negara - Utusan Malaysia

Hentikan politik kotor, fokus bina semula negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persatuan Rapat Rakyat (Rapat) menyeru semua pihak khususnya ahli politik untuk memberi fokus kepada proses pembinaan semula negara dan menghentikan taktik politik kotor seperti yang berlaku ketika ini.

Penasihat Rapat yang juga bekas Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata, hal itu bagi membolehkan imej Malaysia dapat digilap semula sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa.

Berikuta kenyataan penuh Mustaffa Kamil:

Memuatkan artikel berkaitan…

Sesungguhnya tindakan menularkan video intim sekaligus membuat dakwaan terhadap tokoh tertentu amatlah dikesalkan. Ia jelas merupakan taktik kotor yang mesti ditolak oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, rakyat sewajarnya memberikan keyakinan penuh kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan dengan teliti, adil serta telus bagi mencari kebenaran.

Tumpuan kepemimpinan di semua peringkat serta rakyat seharusnya difokuskan kepada proses membina semula negara ini sama ada dalam aspek kos sara hidup, ekonomi, sosial, pendidikan dan seumpamanya amat memerlukan perhatian. Imej Malaysia juga perlu digilap semula sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa.

Kita menyeru bersama semua pihak, terutamanya pimpinan politik untuk menghayati politik secara berhimah yang menekankan takwa, berakhlak, beretika, matang, sederhana, teliti serta bermuafakat. Dalam meniti abad 21 ini, Malaysia memerlukan perubahan paradigma dalam membina kerangka baharu politik termasuk proses pemilihan pemimpin dan latihan yang diperlukan. Ini juga sebahagian dari proses reformasi yang diperlukan oleh negara. – UTUSAN ONLINE

*Kenyataan di atas tidak mencerminkan pendirian atau pandangan Utusan, ia merupakan pandangan peribadi penulis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini