KANGAR – Kerajaan negeri sepatutnya melindungi jenama harumanis Perlis yang sudah menjadi ikon di negeri ini dan negara sebagai satu harta intelek yang tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPM, Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail berkata, jenama harumanis adalah milik ekslusif kerajaan Perlis setelah pendaftaran buah itu diluluskan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2011 sehingga 2021. Menurut beliau, langkah menghalang…










