KUALA LUMPUR – Tugas berat menanti pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk merebut tempat dalam kelompok pendahulu, setelah anak muda itu sekadar mencatat masa ke-21 terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix Catalunya di Barcelona, hari ini. Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu mencatat masa sepusingan 1 minit 40.839 saat (s), manakala pelumba Perancis, Fabio Quartararo yang bernaung di bawah pasukan Malaysia, Petronas Yamaha SRT mencipta masa terpantas 1:39.484s untuk menempah petak pertama. Juara dunia, Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda berada di kedudukan kedua setelah melakar masa sepusingan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya