Gudang produk polimer PIC diikitiraf Malaysia Book Of Records - Utusan Malaysia

Gudang produk polimer PIC diikitiraf Malaysia Book Of Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gudang Produk Polimer di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) telah diiktiraf sebagai ‘gudang berautomasi terbesar’ di negara ini oleh Malaysia Book of Records.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata, gudang yang mempunyai ciri-ciri inovasi teknologi Sistem Perolehan Semula dan Penyimpanan Automatik (ASRS) dan gudang sepenuhnya automatik yang pertama di Asia Tenggara yang dibina untuk industri petrokimia.

“Ia dilengkapi sepenuhnya untuk menyokong kapasiti pengeluaran petrokimia tahunan PIC dalam memenuhi permintaan petrokimia yang semakin meningkat di rantau ini, iaitu kemudahan yang terbesar dan yang tertinggi di Malaysia, berukuran lebih 40 meter tinggi, 134 meter lebar dan 171 meter panjang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gudang itu juga berkeupayaan untuk menampung inventori simpanan 21 hari atau 127 kilo tan metrik produk polimer, dan berkedudukan baik untuk menyokong pengeluaran tahunan PIC yang dijangka sebanyak 3.3 juta tan metrik setahun bagi produk petrokimia apabila kompleks itu beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Refinery dan Petrochemical Corporation Sdn. Bhd., Dr. Colin Wong Hee Huing berkata, dengan pengiktirafan terbaharu itu, PIC telah memperoleh sembilan rekod kebangsaan dalam pelbagai kategori.

“Kami juga digalakkan untuk menyaksikan penyerahan produk polimer pertama untuk pasaran tempatan, dengan kumpulan produk polietilena densiti rendah dan polipropilena yang akan dihantar ke Batu Pahat,” katanya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini