JARINGAN menakjubkan pemain import Pahang, Herold Goulon pada perlawanan separuh akhir pertama bertemu Perak untuk Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin kini dalam perbincangan untuk dicalonkan bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2019. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengesahkan bahawa badan induk bola sepak negara berkenaan bakal membuat penilaian dan perbincangan secara teknikal terhadap gol Goulon yang dijaringkan dalam masa kecederaan ketika kemenangan 3-1 Tok…









