TAIPING – Kegiatan dua lelaki bergelar Geng Lan Ijok yang aktif melakukan pecah rumah di sekitar kawasan Assam Kumbang berakhir apabila mereka diberkas dalam tangkapan berasingan minggu lalu. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 30-an di sebuah rumah di Jalan Panglima, Assam Kumbang pada pukul 4 petang, 17 Jun lalu. Katanya, siasatan terhadap suspek telah membawa kepada tangkapan kedua yang merupakan dalang…










