JITRA – Semua pelajar dinasihatkan berpada-pada dalam bergembira menyambut kedatangan Aidilfitri supaya tidak mencederakan diri sendiri kerana bermain mercun. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang melahirkan rasa sedih dengan beberapa kejadian pelajar cedera terkena mercun itu sepanjang Ramadan lepas berkata kejadian seumpama itu boleh menjejaskan kehidupan pelajar terbabit. “…kepada adik-adik sekalian janganlah sampai hilang tangan, hilang jari kerana mercun,” katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Pendidikan di Padang Sera dekat sini hari ini. Media sebelum ini melaporkan beberapa kes membabitkan pelajar cedera akibat mercun hingga hilang anggota…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya