BANGKOK 20 Jun – Seorang petani dilaporkan maut selepas tiga ekor gajah mengamuk secara tiba-tiba di sebuah taman negara hari ini. Menurut wakil polis, Chalit Sudachan, mangsa berusia 26 tahun dan isterinya sedang tidur dalam khemah sewaktu kejadian terbabit berlaku. Dipercayai, ketiga-tiga ekor gajah tersebut sedang mencari makanan di kawasan itu. Isteri mangsa sempat bersembunyi di bawah trak manakala petani berkenaan diserang ketika cuba melarikan diri. “Dia dirodok dengan gading gajah dan meninggal dunia sejurus selepas itu,” katanya dari utara wilayah Buriram kepada AFP. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya