LONDON 1 Jun – Jurgen Klopp mengesahkan bahawa Roberto Firmino cergas sepenuhnya untuk beraksi menentang Tottenham dalam aksi final Liga Juara-Juara, awal pagi esok. Firmino terlepas tiga perlawanan Liverpool ekoran kecederaan pangkal paha dan dijangka turun beraksi menentang Spurs di Madrid namun tiada sebarang jaminan akan ditempatkan dalam kesebelasan utama. Klopp enggan memberikan sebarang bayangan skuad yang bakal diturunkan tetapi mendedahkan, Naby Keita mengalami kecederaan. “Dia sudah bersedia, cukup cergas dan sudah mula berlatih. “Saya hanya akan dedahkan skuad saya sekiranya Poch (Mauricio Pochettino) mendedahkan senarai pemain yang akan beraksi,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya