LONDON – Khabar angin mengenai Rio Ferdinand bakal memegang jawatan pengarah sukan Manchester United semakin bertiup kencang apabila dia mengakui akan kembali ke pangkuan kelab lamanya itu. Media tempatan, Sportsmail mendedahkan pada April lalu, bekas pertahanan Red Devils itu mengadakan pertemuan bersama ketua eksekutif United, Ed Woodward bagi membincangkan jawatan kosong tersebut. Pemilik United iaitu waris keluarga Glazer berminat untuk mendapatkan khidmat Ferdinand sejak dia bersara empat tahun lalu bagaimanapun atas masalah peribadi perkara tersebut tidak dapat direalisasikan. Walaupun bekerja sebagai pengulas di BT Sport, Ferdinand mengakui dia masih berminat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya