Facebook bakal sekat Huawei - Utusan Malaysia

Facebook bakal sekat Huawei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISO 8 Jun – Facebook dilaporkan bakal menyekat syarikat pembuat telefon pintar kedua terbesar di dunia, Huawei daripada menggunakan rangkaian media sosial itu.

AFP yang memetik jurucakap Facebook sebagai berkata, ia berikutan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap syarikat telekomunikasi itu yang disifatkan sebagai ancaman kepada negara itu.

“Kami sedang meneliti peraturan dan garis panduan Jabatan Perdagangan berhubung pemberian lisen dan pematuhan,” katanyanya kepada AFP, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syarikat berpangkalan di California itu memberitahu, ketika ini, aplikasi Facebook sudah tersedia ada dengan telefon pintar Huawei.

Sebelum ini, Google melarang Huawei daripada memiliki akses bagi proses kemas kini system operasi Android.

Ini bermakna, kesemua telefon mudah alih atau peranti yang bakal dilancarkan Huawei akan kehilangan akses kepada beberapa aplikasi Google. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini