SEBERANG PERAI – Seramai empat pelesit rempit ditahan polis dalam satu operasi di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini awal pagi tadi. Menerusi Op Samseng Jalanan kira-kira pukul 2.45 pagi itu, mereka yang ditahan ialah lelaki berusia 17 hingga 25 tahun selepas didapati menunggang secara melulu dan berbahaya di atas lebuh raya itu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya mendapati keempat-empat mereka membuat pelbagai aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain dengan menduga kelajuan motosikal sambil melakukan aksi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya