IPOH – Dua pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal melaksanakan prosedur keselamatan di tempat kerja sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan kepada pekerja tahun lalu. Kedua-dua mereka, Teoh Kim Kuan, 46, dari Tunas Gemilang TKK Enterprise dan Ng Wai Chew, 51, dari WIM Automation Jig & Moulding Sdn. Bhd., mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim S. Indra…










