TAMPIN – Dua kanak-kanak berusia enam dan tujuh diselamatkan oleh anggota bomba dalam satu kebakaran melibatkan sebuah rumah mesra rakyat di Bukit Semelenggang dekat Taman Indah Tampin di sini petang ini. KEADAAN rumah yang terbakar di Bukit Semelenggang, Tampin hari ini. – UTUSAN ONLINE/Ihsan Bomba Kanak-kanak itu diselamatkan dari sebuah bilik di rumah berkenaan selepas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 2.43 petang. Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Helmi Ayoub berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya