KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya pada setiap hari puncak sempena Hari Raya Aidilfitri. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 1.7 juta pada hari-hari biasa. Ketua Pegawai Operasi (COO) PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi memaklumkan, pihaknya telah membuat pelbagai persediaan dari segi operasi dan strategi pengagihan trafik dalam usaha membantu pelanggan bergerak dengan selamat dan selesa. “Seperti kebiasaan…