Dua beradik maut kereta jatuh gaung - Utusan Malaysia

Dua beradik maut kereta jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Dua beradik perempuan maut selepas kereta dipandu ibu mereka hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung di Kilometer 56 Jalan Kalabakan-Sapulut dekat sini pagi tadi.

Dalam insiden pada pukul 8 pagi itu, Nur Halisa Sufiyya Resmanshah, 7, dan l Nur Syaakur Safiyyah Resmanshah, 5, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Bapa, ibu dan seorang adik lelaki mangsa yang turut berada dalam kenderaan sama, disahkan sekadar mengalami cedera ringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Ak Umbuas dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dari arah Tawau ke Labuan itu hilang kawalan selepas pemandunya seorang wanita berusia 33 tahun terlelap seketika.

“Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu terlelap dan kenderaan hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung.

“Akibatnya kedua-dua anaknya yang juga merupakan penumpang belakang tercampak keluar dan maut di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Peter berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini