Ditampar 52 kali tidak beli telefon kekasih - Utusan Malaysia

Ditampar 52 kali tidak beli telefon kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 12 Jun – Seorang lelaki menjadi ‘mangsa dera’ kekasihnya selepas dia ditampar sebanyak 52 kali hanya kerana tidak menghadiahkan telefon bimbit kepada wanita itu sempena Hari Kekasih.

Oddity Central melaporkan, kebanyakan pasangan kekasih China meraikan sambutan Hari Kekasih berdasarkan kalendar Cina pada 20 Mei setiap tahun.

Insiden tampar itu sempat dirakam oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian, sebelum dikongsi dalam media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan video yang dirakam, wanita itu memarahi kekasihnya dengan suara yang kuat kerana lelaki tersebut tidak membelikan telefon pintar sebagai hadiah.

Biarpun video itu tidak menunjukkan lelaki berkenaan ditampar, polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku.

Banyak saksi menyatakan lelaki itu tetap tenang dan tidak melawan biarpun dia ditampar 52 kali iaitu simbolik kepada sambutan Hari Kekasih yang jatuh pada 20 Mei mengikut kalendar Cina setiap tahun.

Malah, biarpun ditampar banyak kali dan orang ramai yang berada di lokasi menyelar tindakan wanita berkenaan, lelaki itu tetap mempertahankan kekasihnya dan menyatakan dia berhak menerima hukuman itu kerana kesalahannya.

Kejadian itu mendapat perhatian peronda polis yang berada di sekitar kawasan terbabit dan mereka diminta ke balai polis untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Namun, pasangan kekasih tersebut enggan pergi ke balai polis dan berjanji untuk menyelesaikan persengketaan terbabit dengan cara yang le­bih munasabah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini