Dijon kekal di Ligue 1 - Utusan Malaysia

Dijon kekal di Ligue 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DIJON 3 Jun – Dijon kekal beraksi dalam Ligue 1 selepas mencatat kemenangan agregat 4-2 ke atas kelab divisyen kedua, Lens pada aksi penentuan playof.

Selepas mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi pertama, Dijon berada di depan menerusi jaringan import Tunisia, Naim Sliti pada minit ke-29.

Jean-Kevin Duverne menyamakan kedudukan sebelum rehat sekali gus memberi harapan kepada pasukan pelawat untuk kembali beraksi dalam Ligue 1 buat kali pertama sejak musim 2014-2015.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Wesley Said kembali meletakkan Dijon di depan sebelum Sliti menambah meledak gol ketiga untuk mencatat kemenangan 3-1. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini