KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan penjaja tanpa lesen terutama penglibatan warga asing di dalam aktiviti perniagaan di sekitar ibu kota, semalam. DBKL menerusi catatan di Facebook berkata, tindakan menerusi Operasi Tegas siri ke-22 itu dilaksanakan di sekitar Jalan Haji Hussein, Chow Kit dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara dan Polis Diraja Malaysia. Katanya, seramai lima orang warga Indonesia yang bertindak sebagai pembantu…