TOKYO – Seorang lelaki berusia 84 tahun menjadi pencetus trend fesyen jalanan selepas cucunya mengubah cara dia berpakaian, lapor akhbar Daily Mail. KIRI: Gaya ditampilkan warga emas ini menerima pujian ramai. Naoya Kudo dari wilayah Akita, utara Jepun meluangkan masa cutinya selama seminggu untuk merakam gambar datuknya, Slvr Tetsuya yang menyarung pelbagai fesyen jalanan. Sejak dia memuat naik gambar datuknya di laman perkongsian gambar Instagram, pesara guru kimia itu menjadi popular dalam sekelip mata. Laman Instagram Tetsuya kini mempunyai lebih 90,000 pengikut, manakala dia juga berkongsi kisahnya di laman kreatif,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya