ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui mengenai dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) disalurkan kepada UMNO Kedah sewaktu memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, sebelum ini. Katanya, segala urusan berkaitan dana parti diserahkan sepenuhnya kepada Bendahari UMNO negeri pada ketika itu iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut menguruskan perbelanjaan dan agihan kepada setiap UMNO bahagian di negeri ini. “Waktu saya jadi Pengerusi UMNO negeri, memang ada keperluan perbelanjaan untuk setiap bahagian tetapi saya serah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya