JOHOR BAHRU – Kastam Johor berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki membawa masuk wang tunai RM207,000 tanpa pengikraran selepas ditahan di Terminal Penumpang Feri Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, pada 14 Jun lalu. Dalam kejadian itu seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 29 tahun diberkas bersama-sama bagasi ketika cuba melepasi mesin pengimbas. Pengarah Kastam Johor, Datuk Mohammad Hamidan Maryani berkata, imej mesin pengimbas ke atas bagasi tersebut menunjukkan keraguan sebelum siasatan dilakukan.…










