ISKANDAR PUTERI – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalkan usaha seorang lelaki menyeludup keluar 10,820 pil ekstasi dan Eramin 5 bernilai RM249,600 dalam satu serbuan di perairan Pulau Merambang, Tanjung Kupang, di sini Ahad lalu. Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, suspek berusia dalam lingkungan 30-an mencampakkan karung guni berisi dadah tersebut dalam kawasan paya bakau sebelum melarikan diri ke perairan Indonesia. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Dzulkhairi…










