PUTRAJAYA – Biarpun Datuk Lee Chong Wei tidak akan beraksi dalam Sukan Olimpik 2020, namun semangatnya mengiringi kontinjen Malaysia ke temasya Tokyo itu apabila diumum sebagai Chef de Mission (CDM).
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sidang akhbar pengunduran Chong Wei di Menara KBS, di sini hari ini.
Syed Saddiq percaya, kehadiran ikon sukan tanahair seperti Chong Wei mampu menaikkan semangat atlet Malaysia dalam misi memburu pingat.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Beliau bukan sahaja ikon dalam badminton, malah sukan Malaysia.
“Pelantikannya sebagai Chef de Mission Malaysia di Tokyo akan memberi inspirasi kepada atlet negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE










