Chant bidas pihak berkuasa sita rumah keluarga Jho Low - Utusan Malaysia

Chant bidas pihak berkuasa sita rumah keluarga Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jun – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan alam sekitar, Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) membidas tindakan pihak berkuasa yang menyita rumah mewah milik ibu kepada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penasihat Chant, Yan Lee turut mempertikaikan bagaimana rumah mewah yang terletak di Tanjung Bungah Park, Pulau Pinang boleh dikaitkan dengan 1MDB sedangkan kediaman itu telah lama dibina sebelum isu tersebut dibangkitkan.

Katanya, beliau mengenali bapa Jho Low, Larry Low Hock Peng, 66, dan ibunya, Goh Gaik Ewe, 66 selama lebih 20 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rumah itu merupakan rumah keluarga mereka sejak sekian lama. Anak-anak mereka membesar di rumah itu.

“Jelaslah jika mahkamah yang adil mendapati ada wang yang diselewengkan, maka ia perlu dirampas tetapi bagaimana pula rumah ini boleh dikaitkan dengan 1MDB sedangkan ia dibina lama sebelum 1MDB wujud,” jelas beliau seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today (FMT), hari ini.

Sehubungan itu, Lee menggesa kerajaan mematuhi undang-undang dan berhenti daripada menggunakan isu berkenaan sebagai alasan.

“Merampas rumah keluarga mana-mana individu tanpa sebab yang sah adalah salah,” katanya.

Baru-baru ini, Jho Low menerusi surat terbuka mendakwa kediaman milik keluarganya itu dibeli melalui saluran yang betul.

Menurut ahli perniagaan itu, Gaik Ewe telah menceburkan diri dalam pelaburan dan mendapat keuntungan besar daripadanya sehingga berjaya membeli banglo di Tanjung Bungah. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini