Casillas nafi ingin bersara - Utusan Malaysia

Casillas nafi ingin bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 13 Jun – Iker Casillas menafikan laporan terdahulu bahawa dia bersara daripada arena bola sepak selepas bergelut dengan serangan jantung ketika sedang berlatih bersama Porto bulan lalu.

Bekas penjaga gol Real Madrid dan Sepanyol itu mengalami masalah infarksi miokardium pada 1 Mei lalu dan dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan sebelum dibenarkan pulang ke rumah lima hari kemudian.

Laporan di Portugal mendakwa Casillas akan mengumumkan persaraannya hari ini, dengan berkata penjaga gol tersebut akan berperanan sebagai lembaga pengarah Porto.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun pemain berusia 38 tahun itu memberitahu dia kini sedang menunggu laporan kesihatan daripada pakar sama ada sudah pulih sepenuhnya untuk bermain bola sepak semula.

“Sama seperti yang saya kicau dalam Twitter bulan lalu, kecuali jika ia tidak dibenarkan oleh doktor. Lebih daripada itu kerana saya akan mendapatkannya (pengesahan daripada pakar) esok,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini