SEBERANG PERAI – Seorang wanita disyaki kurang siuman bertindak agresif dengan mencampakkan pisau dan menyimbah asid ke arah anggota polis di hadapan rumahnya di Taman Impian, Bukit Mertajam di sini sebelum diberkas kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, anggota polis tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat mengelak. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sebelum itu, pihaknya menerima laporan daripada seorang orang awam yang memaklumkan ibu saudaranya mengamuk dan memohon bantuan polis. Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya