KUALA LUMPUR – Cabaran Malaysia dalam kejohanan badminton Terbuka Australia berakhir selepas kedua-dua wakil negara, Soong Joo Ven dan beregu Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas pada suku akhir di Sydney, hari ini. Joo Ven, pemain ranking ke-72 dunia kalah mudah 14-21, 8-21 kepada pilihan utama, Chou Tien Chen dari Taiwan dalam saingan perseorangan lelaki. Dalam beregu campuran, pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Peng Soon-Liu Ying kalah 18-21, 20-22 kepada pasangan Indonesia,Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti. – BERNAMA
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya