JOHOR BAHRU – Reman ke atas dua lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian bunuh seorang wanita yang disumbat ke dalam kotak dibalut dengan kanvas plastik dan disimen menggunakan kapur siling lalui dibuang di tepi jalan 10 Jun lalu disambung tujuh hari lagi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, tempoh tahanan ke atas kedua-dua lelaki ity yang berusia 32 dan 35 tahun disambung bagi melengkapkan siasatan terperinci dijalankan.
Menurutnya, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Sebelum ini kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 11 Jun berakhir hari ini.
“Pihak kita memohon tempoh tahanan reman ke atas kedua-dua suspek dan mahkamah membenarkan reman tujuh hari lagi bermula 17 hingga 23 Jun ini,” katanya ketika dihubungi.
Pada 12 Jun lalu satu mayat seorang wanita ditemukan disumbat ke dalam kotak sebelum dibalut dengan kanvas plastik dan disimen meng- gunakan kapur siling angkara perbuatan teman lelakinya yang berpunca daripada cemburu buta.
Kotak berisi mayat wanita berusia 33 tahun itu kemudian dibuang di tepi jalan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Setia Indah di sini sebelum ditemukan 10 Jun lalu dalam keadaan sudah berbau.
Penemuan mayat wanita itu terbongkar susulan laporan polis yang dibuat keluarga mangsa mengenai kes kehilangan seorang wanita dikenali sebagai Chong dari Taman Sri Putri di sini sejak 28 Mei lalu. -UTUSAN ONLINE











