Bukan Sabah sahaja alami kelewatan pembiayaan projek pembangunan - PM - Utusan Malaysia

Bukan Sabah sahaja alami kelewatan pembiayaan projek pembangunan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Kelewatan penyaluran peruntukan pembiayaan beberapa projek pembangunan kerajaan tidak hanya berlaku di Sabah tetapi keadaan itu turut terjadi di negeri lain termasuk di Semenanjung, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyaluran pembiayaan projek pembangunan itu dilihat sangat perlahan berikutan berlaku beberapa kekangan termasuk masalah kewangan ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Ia lambat bukan hanya di Sabah tetapi juga di Semenanjung. Masalahnya ialah kita menghadapi banyak rintangan berpunca kerajaan terdahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara yang paling penting kita tiada wang. Kita biarkan sektor swasta menjalankannya  (projek) dan kita mesti pastikan sektor swasta itu adalah tulen dan bukannya menjadi alat untuk orang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar di Masjid Bandaraya di sini, malam ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini