JURAIAN air mata menemani sesi pertemuan di antara aktres Nabila Huda bersama bapanya, penyanyi rock terkenal Amy Search baru-baru ini. Kemelut yang melanda keluarga seni ini mendapat perhatian umum apabila Nabila atau mesra disapa sebagai Abil lantang membidas perilaku ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Nourish dalam laman sosial. Enggan lagi terus bersengketa, keegoan yang menguasai dirinya selama hampir tiga tahun dibuang membuatkan pelakon drama Balqis itu menundukkan…










